Social Icons

Thursday, 6 December 2012


PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT

Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:
1.      Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.

2.      Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3.      Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4.       Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:
باذع نم ةنج موصلا ،هب يرجأ انأو لي موصلاو ،اهومحأو ةدحاو ةئيسلاو ،ديزأو رشعب ةنسلحافيسلا نم حلاسلا نجمك للها
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu     kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

5.      Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
مايصلا دسلجا ةاكزو ،ةاكز ءيش لك ىلعو ،برصلا فصن مايصلا
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu    
 mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6.      Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
جو للها دعاب للها ليبس في اموي ماص نماماع ينعبس منهج نم
           Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya     
           Allah  menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun
7.       Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi  bersabda:
فعاضم هلمعو باجتسم هؤاعدو ةدابع همونو حيبست مئاصلا تمص
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan  
ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

8.       Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga,  
ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9.       Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan   
ihtisab,  nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu

No comments:

Post a Comment

 

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"


وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَئِذَا كُنَّا تُرَاباً وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
Sepandai mana kita, sebijak mana kita dalam ilmu dunia ini, ilmu akhirat jangan dilupai.
Hidup kita hanya sementara yang kekal akhirat.