Social Icons

Featured Posts

Thursday 6 December 2012


Takrif Ramadhan
Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batubatu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulanbulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.
Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ض م ر yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasirpasir yang panas di padang pasir. AlQurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ضامرلإا yang bermaksud membakar.
Ada pendapat mengatakan kerana hatihati dapat mengambil padanya darikepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolaholah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan namanama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi.
Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolaholah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.



KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH MALAM 1 HINGGA 30

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.





SOAL JAWAB BERKAITAN PUASA
1.      1.Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim).
Jawapan: mengikut pendapat yang lebih rajih tidak wajib berimsak.
Imsak ialah menahan diri dari makan dan minum.

2.      2.Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib 
 Jawapan: sah puasa.

3.      3.Adakah perempuan yang haid wajib berimsak? 
Jawapan: perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

4.      4. Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?  Jawapan: sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau  biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

5.      5. Kanak-kanak yang belum baligh adakah wajib berimsak dan qada puasanya?
Jawapan: tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada.
 
6.      6. Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya
Jawapan: wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan    perbuatan    yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

7.      7. Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan: tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

8.      8. Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina pada bulan puasa
Jawapan: hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

9.      9. Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan: sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

10.  Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak
Jawapan: sunat berimsak.

11.  Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya (syak), masuk waktu subuh
Jawapan: sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.

12.  Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan semasa dia gila
Jawapan: tidak wajib qada' puasa tersebut.

13.   Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?

Jawapan: tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.

14.   Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan: tidak sah puasanya.

15.   Apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
Jawapan: hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

16.  Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
Jawapan: tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.

17.   Apakah hukum meneruskan puasa dua hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?
Jawapan: haram berpuasa dengan tidak berbuka.

18.  Apakah hukum cabut gigi dan berbekam ketika berpuasa?
Jawapan: hukumnya makruh.

19.   Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada ramadan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?
Jawapan: tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

20.  Seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
Jawapan: fidyahnya tidak bertambah.

21.   Seseorang yang terdengar azan subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
Jawapan: sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.

22.  Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
Jawapan: batal puasanya.

23.  Air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

24.  Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
Jawapan: batal puasanya.

25.  Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa
Jawapan: sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."

26.   Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
Jawapan: boleh.

27.  Orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
Jawapan: dikenakan satu kifarat saja.

28.  Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:-

·         Kerana keuzuran dirinya sendiri.
·         Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan: Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.

29.  Adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
Jawapan: tidak wajib qada puasa itu.

30.   Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.
Jawapan: boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

31.  Adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari.
Jawapan: harus dan sah.

32.  Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
Jawapan: tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.

33.   Bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
Jawapan: boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang.

34.  Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum subuh pada hari tersebut.
Jawapan: sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

35.  Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.
Jawapan: sah puasa.

36.  Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.
Jawapan: sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak

37.  Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.
Jawapan: batal puasa.

38.  Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.
Jawapan: tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali keempat).

39.  Adakah sah puasa bagi orang yang pitam
Jawapan: sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

40.   Adakah pahala membaca ai-quran dan bersedekah di bulan ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain
jawapan: pahala membaca Al-Quran dan bersedekah dibulan ramadhan adalah berganda.

41.  Hukum puasa orang yang terkentut dalam air
Jawapan: puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

42.  Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa sunat
Jawapan: hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat.

43.  Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?
Jawapan: tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

 

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"


وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَئِذَا كُنَّا تُرَاباً وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
Sepandai mana kita, sebijak mana kita dalam ilmu dunia ini, ilmu akhirat jangan dilupai.
Hidup kita hanya sementara yang kekal akhirat.