Social Icons

Tuesday 20 November 2012


Bab mencium isteri ketika puasa

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُقَبِّلُنِى وَهُوَصَائِمٌ وَاَيُّكُمْ يَمْلِكُ اِرْبَهُ كَمَا
كانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم  يَمْلِكُ اِرْبَهُ
Dari Aisyah ra katanya :
"Pernah Rasulullah saw mencium saya dan beliau berpuasa
Tetapi siapakah di antara kamu yang sanggup menguasai nafsunya
sebagaimana Rasulullah saw sanggup menguasai nafsunya
Hadis sahih riwayat Muslim





Bab mencari malam lailatul qadar

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أَيْقَظَنِى بَعْضُ أَهْلِى
فَنُسِّيْتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِى الْعَسْرِ الْغَوَابِرِ

Dari  Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar
lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti)
Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir"
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab lailatul qadar di malam ganjil

عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ رَأْىَ رَجُلٌ
 أَنَّ لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ
فَقَالَ النَّبَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَرىَ رُؤْيَاكُمْ فِى الْعَشْرِ الاوَاخِرِ فَاطْلُبُوهَا فِى الوِتْرِمِنْهَا

Dari Salim dari bapanya katanya :
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh. Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah dalam  sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab ganjaran berpuasa

عَنْ أَبِى سَعِيْدِ الْخُدْرِى قَالَ
قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَصُومُ يَومَا فِى سَبِيلِ اللهِ اِلا باَعَدَ اللهِ بِذَلِكَ الْيَومِ
وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا

Dari Abu Said Al Qudri ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Setiap orang yang berpuasa di jalan Allah barang sehari
Nescaya dijauhkan Allah muka orang itu daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan, kerana puasa di hari itu"
Hadis sahih riwayat Muslim



Bab menahan diri ketika berpuasa

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا أَصْبَحَ اَحَدُكُمْ يَومًا صَائِمًا فَلايَرْفُثْ وَلايَجْهَلْ
فَإِنِ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَليَقُلْ إِبْنِى صَائِمٌ إِنِّى صَائِمٌ

Dari  Abu Hurairah ra katanya :
"Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan. Kalau ada orang yang  memakinya atau hendak membunuhnya hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa sesungguhnya saya orang puasa"
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab berjunub boleh berpuasa

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُصْبِحُ جُنًبًا مِنْ جِمَاعٍ لا مِنْ حُلُمٍ
ثُمَّ لا يَفْطِرُ وَلا يَقْضِى

Dari Ummu Salamah r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. di waktu subuh orang junub kerana bersetubuh , bukan bermimpi, kemudian beliau tidak berbuka dan tidak mengqadha'
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab berjunub boleh berpuasa

عَنْ عَائِشَةَ  زَوْجَ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَتْ قَدْ كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يُدْرِكُهُ الْفَجْرُفِى رَمَضَانَ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ
فَيَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Dari Aishah isteri Nabi s.a.w. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.  di waktu terbit fajar beliau dalam keadaan berjunub bukan kerana bermimpi , lalu beliau mandi dan puasa
Hadis sahih riwayat Muslim


Saturday 10 November 2012

Hadith Nabi

 Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ibadat Puasa

 Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Thursday 8 November 2012

Puasa Sunat


Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, 
  3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah.

Puasa Wajib



1) Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2) Puasa Kifarah.
3) Puasa qadha
4) Puasa Nazar

Friday 2 November 2012

Hikmah Berpuasa



Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:


1. Menandakan kesyukuran kepada Allah

2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Mereka Yang Diizinkan Berbuka



Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

1. Orang yang
sakit
 

 2. Orang yang berkerja buruh.

 
 3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).

 
 4. Orang tua yang sudah lemah.

 
 5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
 
 

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"


وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَئِذَا كُنَّا تُرَاباً وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
Sepandai mana kita, sebijak mana kita dalam ilmu dunia ini, ilmu akhirat jangan dilupai.
Hidup kita hanya sementara yang kekal akhirat.