KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau
dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan
boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma
tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma
yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah
makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi
bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta
tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan
utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar
katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan
dengan kurma masak.
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang
mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya
meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa
yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan
sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di
atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai
dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah
kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi
Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan batang kurma itu
kepadanya, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak”.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang
khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah
membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan
hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang
semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah
ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia
antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan
berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan
pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan
membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke
bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda
mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu
yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya,
maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan
bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS
adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah
Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah
kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji
buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat
Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita
berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia
berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka
walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma”.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita
bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat
dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu
makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas
harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar
daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat
kepada Allah Subhanahu Wataala.
KHASIAT
KURMA
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai
nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih
kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan
gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di
dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma,
tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir
yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia
terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang
berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada
si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang
maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang
kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan
terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi
penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi
serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau
rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian
dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh
tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium
tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan
ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak
tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma
mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada
terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak
dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan
madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau
batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan
zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga
niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta
nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik amat
berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian
dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan
protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang
dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh
membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain daripada
gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.
Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap
penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang
mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di
dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat
pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk
wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu
yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya
memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran
dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut
kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi
perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma
dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi
urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan
proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah,
menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd
Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra
Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit,
lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan
selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga
seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains
Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan,
mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu
tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan
menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan
membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari
pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang
tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia
dan Algeria
Kandungan Kurma Kering
|
%
|
Gula
|
Lebih 50
|
Protein
|
Lebih 2
|
Lemak
|
Lebih 2
|
Sumber Mineral
|
Lebih 2
|
Sumber: Encyclopaedia Britannica
CD99.
KURMA MENCEGAH STROKE
•
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang
sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih
istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium
yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal
sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu,
kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga
rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma
juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat
menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga
besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi
fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral
ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta
membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa.
Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat
menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup Lima Butir Sehari..!
* Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan
terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California
Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan
dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12
tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih
dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang
secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap
hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih
tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya
paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8
kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya
makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan
dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap
hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu
mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara
dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr.,
pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu
menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah
stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang.
Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok
tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium
dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara
kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan
otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita
stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.
Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium
dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini
membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas,
kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk
berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia
menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun
demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan
lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
·
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan
jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal
sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan
demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan
melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf
penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi
prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot ,
menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your
Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma
kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya.
Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia
juga mengandung salisilat.
orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat,
akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar
kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka
terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk
kurma.
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin
tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan
prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan,
aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per
hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.
Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam
makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.
KOMPOSISI GIZI
* Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam
keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk
berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.
Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat.
Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi
bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya,
alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60%
pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar
70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)
Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam
darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar
buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di
California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana
Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang
terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi
kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini
mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan
tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya
sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang
ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.
Segelas air yang mengandung glukosa,
menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti
dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang
terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya,
orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan
tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya
dengan serat.
Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin
A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan
kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga
memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta
serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg,
riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu
berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat
serta penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan,
sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan
niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat.
Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal
saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan
kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat
dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar.
Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan
pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.